Rumah anak yatim Kudat atau lebih dikenali
dengan Baitul Hidayah telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat, nombor
pendaftaran (PPM-028-12-11082015) pada 11 Ogos 2015. Persatuan ini
dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat iaitu En. Sapdin Ibrahim.
Sebagai permulaan, Baitul Hidayah telah
memulakan operasinya di rumah kerajaan yang bertempat di Kuarters 5064, Jalan
Abdul Rahim, 89058 Kudat Sabah pada bulan September 2015.
Tujuan utama penubuhan rumah anak yatim
ini adalah untuk memberi perlindungan dan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak yatim atau yatim
piatu Islam.
Baitul Hidayah merupakan satu-satunya
rumah yang memberi perlindungan kepada anak-anak yatim di sekitar kawasan
Kudat, Matunggong dan Kota Marudu. Oleh
yang demikian kewujudan rumah anak yatim ini sedikit sebanyak dapat membantu
golongan yang memerlukan perlindungan dan pembelaan.
No comments:
Post a Comment