Showing posts with label Pengenalan BH. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan BH. Show all posts

Saturday, 20 May 2017

Pengenalan Baitul Hidayah Kudat

May 20, 2017 0 Comments








Rumah anak yatim Kudat atau lebih dikenali dengan Baitul Hidayah telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan  Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat, nombor pendaftaran (PPM-028-12-11082015) pada 11 Ogos 2015.  Persatuan ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat iaitu En. Sapdin Ibrahim.
Sebagai permulaan, Baitul Hidayah telah memulakan operasinya di rumah kerajaan yang bertempat di Kuarters 5064, Jalan Abdul Rahim, 89058 Kudat Sabah pada bulan September 2015.
Tujuan utama penubuhan rumah anak yatim ini adalah untuk memberi perlindungan dan pendidikan yang  sewajarnya kepada anak-anak yatim atau yatim piatu Islam.

Baitul Hidayah merupakan satu-satunya rumah yang memberi perlindungan kepada anak-anak yatim di sekitar kawasan Kudat, Matunggong dan Kota Marudu.  Oleh yang demikian kewujudan rumah anak yatim ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan perlindungan dan pembelaan.