Tuesday, 6 March 2018
Kelas Tambahan Berfokus
Baitul Hidayah Kudat
March 06, 2018
0 Comments
Pihak pengurusan Rumah Anak Yatim (Baitul Hidayah) senantiasa memikirkan dan merancang aktiviti yang terbaik untuk anak-anak Baitul Hidayah..
Kelas tambahan berfokus pada setiap malam Isnin, dan jumaat, Sabtu dan Ahad (pagi)
Kelas BI- Sekolah Rendah
Kelas tambahan berfokus pada setiap malam Isnin, dan jumaat, Sabtu dan Ahad (pagi)
Kelas BM- Sekolah Rendah
Kelas Matematik-Sekolah Rendah
Kelas BI- Sekolah Rendah
Kelas Matematik Khas ( Teknik KaJuRa)
Kelas Sains- Sekolah Menengah
Kelas Agama Tunjang Kemantapan Aqidah
Baitul Hidayah Kudat
March 06, 2018
0 Comments
Majlis Jamuan Makan Malam bersama Y.A.Bhg. Toh Puan DSP (Dr) Hajah Norlidah Bte Tan Sri Datuk R.M Jasni
Baitul Hidayah Kudat
March 06, 2018
0 Comments
Kudat 05.03.2018 (Isnin/8.00mlm) Warna-warni sekitar majlis jamuan makan malam bersama Y.A.Bhg. Toh Puan DSP (Dr) Hajah Norlidah Bte Tan Sri Datuk R.M Jasni, brsempena dgn program ziarah kasih Yayasan Jauhar ke Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Daerah Kudat. Majlis jamuan telah diadakan di Hotel Moazrt Daerah Kudat kepunyaan Ybhg Dtuk Mejar (K) Peter Chin Kee Yong. Hadir sma Ybhg Tn Sapdin Ibrahim Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat Baitul Hidayah, Supt Tn Douglas Taong Ketua Polis Daerah Kudat, Tn Hj. Abd. Gapar Abd. Rahman - Pen. Pegawai Daerah (Pentadbiran) dn jga Ajk Baitul Hidayah Kudat serta rombongan Yayasan Jauhar drp Istana Negeri Sabah...
sumber : Tn. Asmat Mandin
sumber : Tn. Asmat Mandin
Saturday, 20 May 2017
Kunjungan YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima ( Dr. ) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni
Baitul Hidayah Kudat
May 20, 2017
0 Comments
MENJUNJUNG KASIH ke atas kunjungan YABhg. Toh Puan Datuk Seri Panglima ( Dr. ) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni ke Rumah Penempatan Sementara Anak Anak Yatim ( Baitul Hidayah ) Kudat dengan program ZIARAH KASIH YAYASAN NUR JAUHAR dan menyampaikan sumbangan serta sedekah kepada anak anak yatim.
#PENGERUSI BAITUL HIDAYAH Ybhga Tuan Sapdin Ibrahim dalam pengisian kunjungan ini memyembah taklimat mengenai perancangan masa depan Baitul Hidayah dan aktivitinya selain menjelaskan bangunan kekal Baitul Hidayah kini sedang dalam pembinaannya#
#ALHAMDULILLAH semoga di murahkan rezki dan di berkati segala amal jariah dan kepedulian ini terkurang dan terlebih mohon kemaafan. Aamiin#
#TAHNIAH dan Syabas PDRM, JKR yang melancarkan perjalanan dan pergerakan program ini JASA KALIAN tidak terbalas#
Sumber : Tn. Asmat Mandin
Lama rasanya berhajat untuk memiliki blog BH sendiri, akhirnya berjaya menyiapkannya dengan mudah. Terima kasih rakan yang membantu. Blog ini akan digunakan untuk berhubung terus dengan pelajar dan rakan guru yang lain selain sebaran terkini aktiviti BH.
Semoga dengan adanya blog BHini memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan pelajar.
Pentadbir BH
Baitul Hidayah Kudat
May 20, 2017
0 Comments
PENGERUSI
Nama : En. Sapdin Bin Ibrahim
Pekerjaan : Pegawai Daerah Kudat
TIMBALAN PENERUSI
Nama : En. Akram bin Hj. Ismail
Pekerjaan : Sendiri
SETIAUSAHA
Nama : En. Zahari Bin Mohamad
Pekerjaan : Guru
No. Tel :019-4024746/01135434748
TIMBALAN SETIAUSAHA
Nama : Pn. Shafini Bt. Umar Baki
Pekerjaan : Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
BENDAHARI
Nama : Pn. Aminah Binti Hj. Barsari
Pekerjaan : Guru Kemas Sabah
Rumah anak yatim Kudat atau lebih dikenali
dengan Baitul Hidayah telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Persatuan Pengurusan Rumah Anak Yatim Kudat, nombor
pendaftaran (PPM-028-12-11082015) pada 11 Ogos 2015. Persatuan ini
dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kudat iaitu En. Sapdin Ibrahim.
Sebagai permulaan, Baitul Hidayah telah
memulakan operasinya di rumah kerajaan yang bertempat di Kuarters 5064, Jalan
Abdul Rahim, 89058 Kudat Sabah pada bulan September 2015.
Tujuan utama penubuhan rumah anak yatim
ini adalah untuk memberi perlindungan dan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak yatim atau yatim
piatu Islam.
Baitul Hidayah merupakan satu-satunya
rumah yang memberi perlindungan kepada anak-anak yatim di sekitar kawasan
Kudat, Matunggong dan Kota Marudu. Oleh
yang demikian kewujudan rumah anak yatim ini sedikit sebanyak dapat membantu
golongan yang memerlukan perlindungan dan pembelaan.







































