Friday, 9 March 2018

Rumah Anak Yatim Pertama Di Kudat..

March 09, 2018 0 Comments

Rumah anak yatim pertama di Kudat akan siap jun ini


sumber : https://www.sayangsabah.com/rumah-anak-yatim-pertama-di-kudat-akan-siap-jun-ini/

Kudat :  Rumah Anak Yatim Baitul Hidayat yang pertama seumpama di daerah Kudat akan siap menjelang Jun ini.
Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Rumah Anak Yatim Baitul Hidayat, Sapdin Ibrahim berkata bangunan dua tingkat tersebut didirikan di atas tanah seluas setengah ekar milik kerajaan dengan kapasiti 20 penghuni lelaki dan perempuan.
“Pembinaan bangunan baharu rumah anak yatim ini sedang berjalan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun ini.
“Kita berterima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang telah meluluskan peruntukan RM250 ribu untuk pembinaan bangunan ini.
“Bangunan ini juga akan mempunyai kemudahan asrama yang lebih selesa di tingkat atas, manakala ruang pejabat pengurusan Baitul Hidayat pula di tingkat bawah,” jelasnya.
Sapdin turut mendedahkan, bangunan rumah anak yatim yang dibina sejak tahun 2015 itu hanya mampu menempatkan lapan penghuni yang merupakan golongan asnaf berumur antara 7 hingga 16 tahun.
Baitul Hidayat ditadbir oleh 30 ahli Persatuan Pengurusan Anak Yatim Kudat yang bertanggungjawab mencari dan menyumbang dana untuk pengurusan, makan minum, pakaian, perbelanjaan sekolah dan sebagainya.
Beliau yang ditemui pada Program Ziarah Kasih Yayasan Nur Jauhar (YNJ) di sini, pada Isnin, turut menerima sumbangan RM5,000 daripada Penasihat YNJ, Toh Puan Dr Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.
Pada kunjungan tersebut, Toh Puan Norlidah meluangkan masa kira-kira 45 minit bagi mendengar taklimat ringkas mengenai perkembangan rumah berkenaan, di samping beramah-mesra dengan para penghuni Baitul Hidayat./Penerangan-

Masyarakat semakin sedar da prihatin...anda bila lagi ?

March 09, 2018 0 Comments


















KUDAT, Sabtu-10 Mac 2018 Alhamdulillah..hari ini Asrama BH telah menerima kunjungan Kumpulan Whatapp Kagayan Kudat yang diketuai oleh En. Idris..terima kasih kerana sudi berkunjung ke Asrama BH dan memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak kami. Kehadiran tn dan AJK telah memberi suntikan semangat kepada anak-anak BH untuk terus maju dan pendidikan.

Program Wakaf Tunai AnakYatim

March 09, 2018 0 Comments
Jom sertai kami, sama2 membantu anak2 Baitul Hidayah melalui sumbangan@ wakaf tunai bulanan,,


link utk joint Group Wakaf Tunai -Baitul Hidayah Kudat
https://chat.whatsapp.com/559i824n6BN7NlFvFI2Avn